welc0me...

hye k0wg..tanx coz sudi tg0k log aq..lau sudi..jd la folloers aq ehh..syunk kowg..^^

Monday 5 December 2011

~pesanan buat si dia~

tolong beritahu si dia..
aku ada pesanan buatnya..

tolong beritahu si dia..
cinta agung adalah cinta-NYA..

tolong beritahu si dia..
cinta manusia akan membuatnya alpa..

tolong nasihati si dia..
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

tolong nasihati si dia..
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Esa..

tolong nasihati si dia..
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

tolong katakan pada si dia..
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

tolong katakan pada si dia..
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

tolong ingatkan si dia..
aku terpikat pada imannya bukan rupanya..

tolong ingatkan si dia..
aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya..

tolong ingatkan si dia..
aku kasihinya kerana santunnya..

tolong tegur si dia..
bila dia mengagungkan cinta manusia..

tolong tegur si dia..
bila dia mula tenggelam dalam angan-angannya..

tolong tegur si dia..
andai nafsu mula mengawal fikirannya..

tolong sedarkan si dia..
aku milik Yang Maha Esa..

tolong sedarkan si dia..
aku masih milik keluargaku..

tolong sedarkan si dia..
tanggungjawabnya besar pada keluarganya..

tolong sabarkan si dia..
andai diri ini enggan dirapati..
kerana menjaga batasan cinta..

tolong sabarkan si dia..
andai jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

tolong pesan pada si dia..
aku tidak mahu menjadi penyebab kegagalannya..

tolong pesan pada si dia..
aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya..

tolong khabarkan pada si dia..
aku tidak mahu melekakannya..

tolong khabarkan pada si dia..
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

tolong khabarkan pada si dia..
jadilah penyokong kepada kejayaanku..

tolong sampaikan pada si dia..
aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

tolong sampaikan pada si dia..
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

tolong sampaikan pada si dia..
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Allah..

tolong sampaikan pada si dia..
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

CINTA..LAHIRNYA DARI DUA HATI..HADIRNYA TANPA DIPAKSA..

YA ALLAH YA TUHANKU..TELAH DATANG PADAKU..SEORANG INSAN YANG MENGETUK PINTU HATI INI..,SEKIRANYA DIA ADALAH JODOHKU YANG TERBAIK..,YANG ENGKAU TELAH TETAPKAN UNTUKKU..,SEJAK DARI KANDUNGAN IBUKU..,MAKA PERMUDAHKANLAH URUSANKU..PERMUDAHKANLAH URUSANNYA..PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI BERDUA..,
YA ALLAH
YA RAHMAN
YA RAHIM
LINDUNGILAH IMANKU YA ALLAH..,LINDUNGILAH IMANNYA YA ALLAH..,LINDUNGILAH IMAN KAMI BERDUA SEPANJANG HUBUNGAN INI...
AMIN YA RABBAL ALAMIN..


~awa wawa~ 


No comments:

Post a Comment